Saturday, 5 April 2014
{ Saturday, April 05, 2014 }
Assalammuaalaikum,
Bila aku bagitau yang aku suka dia, sama mcm aku tengah suroh dia pergi. Sebab aku tahu dia takkan jadi milik aku. Hm, aku memcuba. Bukan senang aku nak simpan perasaan selama setahun lebih tau tak! bukan 2 3 hari. Lebih dari 365hari. Dalam masa 365 hari tuu aku lalui banyak kesakitan tapi aku takmau tunjuk lagi yang aku suka dia. Biarlah takdir dan masa yang menentukan hala tuju aku dgn dia. Tapi buatpa nak simpan rasa tu lama lama kan? Baik aku bagitau ja. Its better. Tapi aku tahu, persahabatan kami akan putus dengan pengakuan tu. Takpa, aku bukan camtu. Im still with this friendship. Aku bkn jenis malu nak jumpa kalau dah proceed kat orang tu. Buatpa nak malu, selama ni dia la tempat aku cerita semua masalah aku so now masalah aku sekarang aku suka dia. Aku share la benda tu kat dia. Salahkah? Dah suka bagitau jew. Buatpa nak simpan lama2. Ceh! aku pun simpan setahun lebih baru nak bagitau. Bukan apa. Aku cari masa yang sesuai. Aku tak sure la sekarang ni sesuai ke tak tapi aku kena bagitau at least aku rasa beban aku satu dah terlerai. Now hanya doa jewla. Dia terima ke tak aku takkisah. Tapi aku taknak friendship ni stop. Even dia nak still BERKAWAN dengan aku. Yes, im accept it. Berkawan lagi bagus dari couple. Harini coretan tentang tu jewlaa. Nak buatpa lagi kan. Pasai counting day for my mission to forget someone tuu. Hahaha still on.
Day 3. I be more strong now! Even aku still checking his whatsapp last seen tapi tu bkn bermakna aku sayang dia lgi k. Aku nak tau bapa byk kali dia online dlm satu hari. So that i already know what his doing at hostel. Aku dah try contact cikgu SSBJ suroh buat surat tawaran untuk dia tapi cikgu tu kata takboleh sebab dia belum wakil negeri. Now dia dah sekolah negeri. Hopefully next year dia boleh sambung SSBJ. Aku sentiasa doakan dia. Aku pun lagi selangkah jaa nak masuk ke alam universiti. InshaaAllah. Aku harap dekat sana nanti aku kenal lagi ramai ragam manusia. Nak buat some research. Tak semua orang jahat. Setiap orang ada kisah silamnya sendiri. Kenapa mereka jadi camtu? Mungkin kerana masa silam mereka. Jangan terlalu judge orang. Kita pun tak perfect kan so beware sebelum kita nak kata sesuatu yang buruk kat seseorang tu. Kita mungkin takda masa silam sepahit atau semanis dia, tapi kita kena sedar, hidup ni bagai roda. Jauh mana pun kita lari, kita akan rasa jugak pahit manis kehidupan ni. Doa kepada Allah agar yang pahit tu tak terlalu pahit dan yang manis tu tak akan memudaratkan kita. InshaaAllah. Allah sentiasa bersama dengan hambaNya yang selalu berdoa.